Ibu yakin Hud Aryan selamat, operasi pencarian diteruskan

Ibu yakin Hud Aryan selamat, operasi pencarian diteruskan

26 Februari 2025 10:48am
Masa membaca: 2 minit

Pegawai bomba memberi taklimat operasi mencari dan menyelamat Hud Aryan. Gambar kecil: Azean Suhailey



TANAH MERAH - "Firasat ibunya mengatakan Hud Aryan selamat." Itu luahan Azean Suhailey Ramley, 42, ibu saudara kanak-kanak yang hilang, Mohd Nor Hafifi, 2, dalam kejadian pada Isnin.

Azean Suhailey berkata, keadaan adiknya, Azean Nur Atikah Ramley, 34, tidak stabil dan berharap ada petunjuk mengenai kehilangan anaknya itu


Malah dia turut yakin anak saudaranya tidak diculik kerana tidak ada kenderaan yang memasuki kawasan rumahnya pada masa itu.


Bantuan anjing K9 digunakan untuk mencari dan menyelamat Hud Aryan pada Rabu



"Saya yakin 100 peratus kampung kami selamat, lagipun tiada individu yang memasuki kawasan ini pada waktu itu," katanya ketika ditemui di kediamannya pada Rabu


Ibu kepada tiga anak itu memberitahu, sehingga pagi tadi mereka dimaklumkan tiada sebarang petunjuk tetapi semua anggota keselamatan bertungkus-lumus membantu menjalan tugas mencari anak saudaranya itu.

"Kami dimaklumkan bomba dan polis mencari di segenap kawasan di air dan darat. Semoga pencarian mereka dipermudahkan," katanya.


Hud Aryan dikhuatiri hilang sejak Maghrib pada Isnin merupakan satu-satunya anak tunggal Azean dan Mohd Hafifi Saidi, 34, selepas tujuh tahun pasangan itu berkahwin.


Sebelum ini media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri hilang di belakang rumah neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga di sini.

Pencarian dilakukan dengan bantuan anjing K9 dan 20 anggota bomba serta dibantu penduduk kampung.

Ulasan