Kajian sahkan beras putih tempatan dicampur dalam beras Import


Kajian sahkan beras putih tempatan dicampur dalam beras Import

26 Februari 2025 12:17pm
Masa membaca: 1 minit


Mohd Syahril ketika membentangkan hasil analisis yang dijalankan dalam satu sidang akhbar pada Rabu.


SERDANG - Sekitar 40 hingga 50 peratus beras import daripada 5,000 sampel yang dianalisis disahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT).

Ia sekali gus menokhtahkan spekulasi bahawa BPT telah dicampur dalam kampit beras import sebelum dijual di pasaran.

Pegawai Penyelidik Kanan Biologikal Sains (genetik) Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Mohd Syahril Firdaus Ab Razak berkata, kajian yang menggunakan teknologi pengcapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) beras itu dijalankan sepanjang tahun 2023 dan 2024.

"Kami menerima sampel beras ini daripada pihak berkuasa iaitu Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diambil daripada pengilang untuk menjalankan analisis bagi mengenal pasti varietynya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di sini pada Rabu.

AKAN MENYUSUL

Ulasan