
Macam dalam filem, aksi polis peronda kejar kereta kuning di Kluang tular
14 Februari 2025 01:22pm
Masa membaca: 1 minit
KLUANG - Video memaparkan adegan kereta polis peronda mengejar kereta berwarna kuning dipercayai Honda Accord di Kampung Melayu dan bandar Kluang tular di laman sosial sejak pagi Jumaat.
Video yang dimuat naik orang awam itu turut mendapat ribuan tontonan yang terkejut dengan kejadian itu.
Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan kereta peronda polis mengejar sebuah kereta berwarna kuning sebelum ditahan selepas melanggar sebuah kereta lain di lampu isyarat di tengah-tengah bandar.

Kereta peronda polis mengejar sebuah kereta berwarna kuning sebelum ditahan selepas melanggar sebuah kereta lain di lampu isyarat di tengah bandar Kluang. Foto tular
Di ruangan komen video terbabit, orang ramai memuji kecekapan anggota polis menahan kereta tersebut selain ada yang menyifatkan kejadian itu seperti di dalam filem.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan maklumat kejadian daripada pihak polis masih belum diperoleh.

Sebuah kereta berwarna kuning melanggar sebuah kereta lain di lampu isyarat di tengah bandar Kluang ketika melarikan diri dari polis. Foto tular
Ulasan
Catat Ulasan