287 RIBU AHLI BAHARU PAS DALAM TEMPOH SEMBILAN TAHUN
Alhamdulillah, lewat petang tadi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah meluluskan seramai 2,420 ahli baharu. Jumlah dua ribu boleh dikatakan sebagai jumlah ahli baharu yang konsisten diterima pada setiap bulan dan biasanya akan diumumkan kepada awam sejurus selepas mesyuarat telah selesai.
Tahun ini sahaja, sebagai contohnya seramai 2,031 ahli baharu pada bulan Januari dan 2,280 orang pada bulan Februari. Bermakna tahun ini sahaja seramai 6,731 orang ahli baharu telah diluluskan.
Jumlah ahli PAS secara rasminya dilaporkan di dalam Muktamar Tahunan PAS seperti mana yang telah diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan di dalam laporan muktamar sama ada secara lisan ataupun yang dicetak dalam buku laporan Muktamar PAS.
Bila jumlah kemasukan ramai, PAS akan umumkan melalui laman media pimpinan PAS Pusat. Ada masanya kurang dari dua ribu tapi PAS tetap akan umumkannya. Di antara yang konsisten adalah Datuk Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS.
Tahun lalu, seramai 21,784 ahli baharu telah didaftarkan, dengan kiraan purata 1,815 orang pada setiap bulan. Dalam tempoh sepuluh tahun terakhir ini, tahun 2019 mencatatkan jumlah ahli baharu teramai iaitu sejumlah 46,560 orang.
Bermula Januari 2016 sehingga Disember 2024 (9 tahun, seramai 278,851 orang ahli baharu telah didaftarkan. Jumlah ini sudah tentu dapat menggambarkan sokongan rakyat Malaysia terhadap PAS sehingga ke hari ini.
Jumlah ini tidak termasuk jumlah Ahli Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang masih berstatus penyokong. Apabila status DHPP diluluskan sebagai Ahli Bersekutu PAS, jumlah Ahli akan melonjak naik lebih tinggi, insya Allah.
Jom Sertai PAS!
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
8 Mac 2025
Ulasan
Catat Ulasan