AS tolak permintaan kembalikan patung Liberty ke Perancis


AS tolak permintaan kembalikan patung Liberty ke Perancis
18 Mac 2025, 11:01pm

WASHINGTON: White House menolak permintaan ahli politik Perancis untuk mengembalikan Patung Liberty ke negara itu.

“Sudah pasti tidak,” kata Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, sebagai tindak balas terhadap gesaan Ahli Parlimen Eropah Perancis, Raphael Glucksmann.

Leavitt turut menyindir dengan menyatakan, “Atas bantuan Amerika Syarikat, Perancis tidak bercakap bahasa Jerman sekarang,” merujuk kepada peranan AS dalam menentang Nazi Jerman semasa Perang Dunia II.

Glucksmann sebelum ini mendakwa AS tidak lagi mewakili nilai Patung Liberty dan menggesa ia dipulangkan ke Perancis.

Patung Liberty, hadiah dari Perancis kepada AS, diisytiharkan secara rasmi pada 28 Oktober 1886 sebagai simbol kebebasan dan harapan.

Kini, ia menjadi salah satu tarikan utama di New York dan menjadi lambang pelancongan terkenal di dunia.

Ulasan