
Banjir di Johor: 6 stesen pemancar telekomunikasi 5G terjejas
Oleh BERNAMA - Mac 22, 2025 @ 8:43am
Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching (kiri) melihat barang keperluan seperti tilam dan selimut ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Seberguna Senai Utama hari ini. - Foto BERNAMA
KULAI: Sebanyak enam stesen pemancar telekomunikasi 5G di Johor terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, lima daripadanya membabitkan stesen pemancar di daerah Johor Bahru dan satu di Pontian.
"Semua stesen pemancar 5G ini terjejas akibat bekalan elektrik yang terhenti, namun begitu ia tidak mengganggu perkhidmatan 4G.
"Justeru, situasi ini akan terus dipantau dan kita percaya stesen tersebut akan dapat beroperasi semula selepas bekalan kembali pulih," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewanraya Taman Senai Utama, di sini semalam.
Ulasan
Catat Ulasan