Beras putih import 40-50%: Pengilang untung, rakyat rugi


Beras putih import 40-50%: Pengilang untung, rakyat rugi
March 3, 2025

Share
Dato' Seri Dr Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR: Hakikat sebenar kandungan beras yang dijual di pasaran tempatan yang mengandungi antara 40 hingga 50 peratus beras putih import perlu langkah penyelesaian sewajarnya.

Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap laporan yang menoktahkan spekulasi beras tempatan yang dicampur dalam kampit beras import.

Beliau berkata, pengilang beras mengaut keuntungan sehingga jutaan ringgit menerusi kegiatan tidak bertanggungjawab, menukar bungkusan beras putih tempatan kepada beras putih import.

“Apakah tindakan kerajaan beratus juta dah mereka kaut keuntungan tetapi kita (rakyat) dah rugi, tetapi mereka untung, pada untuk selesaikan masalah ini apungkan beras tempatan.

“Bukan apungkan beras import, beras import kita tidak tahu dia beli berapa kemudian dia apung di sini, beras Thailand mahal, kemudian Vietnam rendah, balik sini diapungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurutnya, peningkatan perbelanjaan berkenaan menimbulkan persoalan sama ada ia berpunca daripada kelemahan perancangan awal atau faktor luar jangka seperti inflasi, perubahan dasar dan bencana alam

Media sebelum ini melaporkan sekitar 40 hingga 50 peratus beras import daripada 5,000 sampel yang dianalisis telah disahkan bercampur dengan beras putih tempatan.

Perkara itu didedahkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang melakukan kajian menggunakan teknologi pengcapjarian asid deoksiribonukleik (DNA). – HARAKAHDAILY 3/3/2024

Ulasan