

Berita
Pak cik tampar bukan Muslim mengaku salah, dilepas tanpa dibebaskan
Diterbitkan: Mar 19, 2025 11:28 AM
Dikemaskini: 11:36 AM
Mahkamah Majistret di Johor bahru melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) lelaki warga emas yang menampar seorang pemuda bukan Muslim kerana makan di khalayak ramai di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu.
Majistret A Shaarmini membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan mahu mengklasifikasikan kes tersebut sebagai DNAA agar dirujuk ke Ibu Pejabat Peguam Negara (AGC), Putrajaya lapor Kosmo!.
Terdahulu, orang kena saman (OKS), Abdul Razak Ismail, 65, membuat pengakuan bersalah, namun tidak mengakui fakta kes yang dibacakan jurubahasa.
Sehubungan itu, Shaarmini menolak pengakuan bersalah OKS dan memerintahkannya untuk melantik peguam bagi membela diri.
Bagaimanapun, sebelum tarikh ditetapkan, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam memaklumkan pihaknya menerima arahan untuk merujuk kes tersebut kepada ibu pejabat AGC.
Majistret kemudian memerintahkan kes itu diberikan DNAA terlebih dahulu dan akan dituduh semula pada masa akan datang.
Ulasan
Catat Ulasan