SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
Burung terbang suasana indah,
Pak Ali membajak tengah sawah;
Bulan Ramadhan tibalah sudah ,
Bulan barakah bulan ibadah.
Air sejuk di dalam tempayan,
Untuk wuduk sejuk terasa;
Puasa sebulan penuh kesabaran,
Moga diampun segala dosa.
Subuh tenang angin berpuput,
Syahdu bersujud mengadap Ilahi;
Ramadhan datang hati terpaut,
Tingkatkan amal perkukuh nurani.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua...
Salam Ramadhan.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan