SKMM serah Notis Niat Penggantungan Lesen radio Era FM



SKMM serah Notis Niat Penggantungan Lesen radio Era FM

05 Mac 2025 08:40pm
Masa membaca: 1 minit

Laporan Sinar Harian mengenai tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersenda satu perayaan agama.

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyerahkan Notis Niat Penggantungan Lesen turut kepada pemegang lesen yang mengendalikan stesen radio Era FM.

Ia susulan rakaman video penyampai radio berkenaan didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu, upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan, pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil.

"SKMM telah memanggil pengurusan tertinggi Astro semalam bagi merakamkan percakapan dan kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata kenyataan itu pada Rabu.


Tambah kenyataan itu, kertas siasatan akan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya pada Khamis.

Rakaman kontroversi itu dimuat naik menerusi akaun stesen radio berkenaan di platform TikTok awal minggu ini sebelum ia tular dan menerima kritikan pelbagai pihak.


Ia memaparkan penyampai radio meniru tarian kavadi, sambil menyebut 'Vel Vel' disusuli gelak tawa.

Ulasan