Insiden Putra Height: Kelantan umum bantuan Rabu ini



Insiden Putra Height: Kelantan umum bantuan Rabu ini
April 6, 2025

KOTA BHARU: Kelantan bakal membuat pengumuman pada Rabu ini bagi menghulurkan sedikit bantuan kepada mangsa terjejas dalam kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, langkah itu selari agenda kerajaan negeri yang mementingkan kebajikan.

“Mungkin dalam (Mesyuarat) Exco nanti akan dibincangkan mengenai perkara ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai inisiatif dilakukan kerajaan negeri mengenai tragedi berlaku pada Selasa lalu.

Media sebelum ini melaporkan kejadian tersebut menjejaskan 237 rumah, sementara 305 orang cedera akibat melecur akibat haba panas daripada api yang menjulang setinggi 80 meter ke udara.

Selain itu kebakaran itu turut memusnahkan 365 kenderaan iaitu 275 kereta dan 56 motorsikal.

Seramai 364 mangsa daripada 74 keluarga terlibat ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu di Masjid Putra Height serta Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (Dewan Camelia). – HARAKAHDAILY 6/4/2025

Ulasan