
‘Kain telepok’ serikan Rumah Terbuka PAS Pusat
April 27, 2025
PORT DICKSON: Naib Ketua Muslimat PAS Kuala Pilah, Maizarah Abu Bakar berkata, ‘kain telepok’ yang dipakai di atas kepala tersebut adalah pakaian tradisi daripada Minangkabau.
Menurutnya, datuk beliau merupakan orang Minangkabau yang mempunyai pelbagai tradisi termasuk pemakaian.
“Nama dia ‘kain telepok’ daripada Minangkabau. Atuk saya orang Minangkabau. Kalau kami balik kat sana memang pakaian tradisi dia orang adalah macam ni.
“Sejarah dia, pasal orang daripada Negeri Sembilan ni, banyak dia datang daripada Minangkabau. Kebanyakan dia orang ni macam saya sendiri atuk saya orang sana.
“Kami masih lagi ada leluhur kami di sana. Masih ada hubungan yang baik (dengan) Minangkabau. Orang Negeri Sembilan banyak asal usul daripada Minangkabau. Jadi cakap bahasa dia pun sebenarnya banyak daripada Minang.
“Kalau kita Google tu cerita pasal ni adalah cara (yang diajar untuk buat kain telepok). Kalau ada dia ambil kain batik lipat empat kemudian dia letak atas kepala (untuk kegunaan aktiviti di) pembendangan buat padi kan, dia tutup kepala tu,” jelasnya kepada Harakahdaily.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan, Masita Mohamed Ali, berkata sebagai tuan rumah, pelbagai simbolik dan budaya ingin ditunjukkan kepada para pengunjung.
“Sempena hari Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat ni (kami) berbesar hatilah, (PAS) Negeri Sembilan sebagai tuan rumah jadi kita nak tunjukkan simboliklah Negeri Sembilan ni dengan budaya kitalah.
“Selain makanan istimewanya yang lain tu termasuk ni lah pakaian. Boleh tambahlah dengan permainan cak lempong. Kalau kuih-kuih tu ada apam johol, piza jemapoh. Semua ada. Kena tengok dekat kiosk-kiosk makanan.
“Saya ucap terima kasih (kerana) datang. Kami berbesar hatilah sebab julung-julung kali Negeri Sembilan jadi tuan rumah. Terima kasih banyak pada PAS Pusat (kerana) beri kepercayaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/4/2025
Ulasan
Catat Ulasan