Kecederaan ‘Abang Belon’ risiko lumpuh – Dr Mohd Hafidz


Kecederaan ‘Abang Belon’ risiko lumpuh – Dr Mohd Hafidz
April 6, 2025

KUALA LUMPUR: Kecederaan dialami ‘Abang Belon’ disahkan sebagai serius dan berisiko tinggi menyebabkan lumpuh sekiranya tidak dirawat dengan betul, kata pengamal perubatan sah berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Mohd Hafidz Rizal Amran.

Beliau memaklumkan, bahawa berdasarkan laporan perubatan daripada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pemuda itu mengalami kecederaan dikenali sebagai ‘T12 compression’, iaitu keretakan atau mampatan pada tulang torasik ke-12 dalam tulang belakang.

“Saya rasa perkara telahpun viral ini bukan sahaja menjadi tontonan orang di luar daripada bidang kesihatan, kita sebagai doktor ataupun ‘medical line’ dan juga paramedik, bila lihat video itu kita dapat rasakan bahawa akan ada sesuatu perkara ‘very frustrated’ yang mengecewakan.

“Dan (ia) tidak akan tidak semestinya berlaku pada orang ramai kerana ‘this one is unnecessary injury’ sebenarnya kerana bila kita lihat hempap itu saya sendiri pun saya terlintas ‘confirmed’ saya kata ‘bone’ dia akan ‘effected’.

“Dan hari ini di depan saya ini ada ‘discharge note’ daripada Hospital Sultan Idris Shah Serdang,” katanya dalam sidang media di sini hari ini merujuk kepada insiden melibatkan Muhammad Zaimuddin Azlan, 28 yang dikatakan mengalami kecederaan selepas insiden 28 Mac itu.

Menurutnya, Zaim dimasukkan ke hospital pada 29 Mac dan discaj pada 4 April dengan diagnosis oleh doktor ortopedik di sana sebagai ‘T12 compression’ menyebabkan susun tulang itu daripada servikal sampailah torasik sampailah lumbar dan juga koksik itu terganggu.

“Biasanya kalau kes seperti ini, komplikasi yang paling dirisaukan ialah bermula dengan kebas. Saya tanya dia tadi, dia dah mula rasa kebas,” katanya.

Dr Hafidz menjelaskan bahawa kecederaan tersebut boleh memberi kesan bukan hanya pada tulang T12, tetapi juga T11 dan L1 kerana terdapat ruang kosong antara tulang-tulang itu.

“Apabila ada ruang kosong dia ‘alignment’ tu akan lari. Satu ‘alignment’ akan lari. Pada masa sama efek yang paling utama yang kita tak naknya ialah ‘nerve’ itu akan terkepit, ‘nerve’ tu akan ‘injured’, tidak sihat.

“Oleh yang demikian antara complication yang paling kita tak nak sekalinya ialah ‘paralyze’ (lumpuh). Harap dengan pemakaian ‘cast’, sekurang-kurangnya perlu masa tiga hingga enam bulan untuk pulih,” katanya.

Tambahnya, Muhammad Zaimuddin juga berisiko mengalami ‘bladder incontinence’ dan ‘rectum incontinence’, iaitu hilang kawalan untuk buang air kecil dan besar.

Dr Hafidz turut mendedahkan bahawa pemuda itu dijadualkan menjalani pembedahan ‘inguinal hernia’ pada 18 April ini, namun terpaksa ditangguhkan kerana keadaan tulang belakangnya belum stabil.

“Dia juga ada hernia di bahagian kemaluan yang ‘irreducible’. Saya tanya, boleh masukkan semula? Dia kata tak boleh. Jadi, ia sudah jadi ‘irreducible’ dan perlu pembedahan. Tapi oleh sebab T12 belum stabil, ia perlu ditangguhkan,” katanya.

“Dia ada ‘two type irreducible’ dengan ‘reducible’. Dan saya tanya pada beliau adakah dia pandai masukkan balik semula? Dia tak pandai masukkan. So dia ‘irreducible’.

“Jadi dia kena buat ‘operation’ (pembedahan) tu dalam masa yang terdekat ini. Tetapi oleh kerana kita tidak boleh nak ‘proceed’ (teruskan) untuk ‘go in’ masuk ke dalam ‘operation theater’ (bilik pembedahan).

“Oleh kerana T12 ini tak ‘settle’ (selesai) maka kita mesti ‘postpon’ (tangguhkan) dan saya diberitakan ianya terpaksa postpon untuk operation inguiner hernia dia,” jelasnya.

Menurut Dr Hafidz, ketika kejadian berlaku, Zaimuddin hanya mempertahankan dua perkara – bahagian bawah badannya dan belon yang dijual kerana menahan kesakitan.

“Jadi ada saya pun ada baca netizen-netizen kata kenapa boleh peluk dan sebagainya. Yalah kita di hospital kita ‘under pain killer’. Kalau tanya sekarang ‘pain management pain score’ (tahap kesakitan) dia daripada satu sampai 10 dia kata 8 ke 9.

“So memang ‘very painful’ (sangat sakit) sebab dia bukan sahaja tulang itu sendiri tapi dia menyebabkan (memberi kesan kepada) ‘nerve’ (saraf) di kiri dan kanan pesakit tersebut,” terangnya.

Beliau berkata pihak hospital akan menyediakan ‘medical summary’ dalam tempoh 30 hingga 40 hari untuk dijadikan dokumen sokongan perundangan.

“Kita pun akan buat summary untuk apa nama ‘medical report’ dia biasanya dalam masa 40 hari hingga sebulan medical report tu akan dapat.

“Dan medical ni valid untuk kita dibawa ke mahkamahlah dari segi medical itu memang ada di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya juga dimaklumkan sijil cuti sakit (MC) beliau adalah selama 48 hari,” katanya.

Menurutnya, jumlah cuti itu menggambarkan betapa seriusnya kecederaan tersebut.

“Kalau demam, doktor bagi tiga hingga tujuh hari. Ini 48 hari. Kita nak proses penyembuhan yang baik. Dia tak boleh buat kerja berat. Jual belon pun tak boleh. Saya dimaklumkan dia juga tiada insurans seperti pekerja-pekerja lain yang ada PERKESO,” katanya.

“Kalau demam biasanya doktor bagi tiga hingga seminggu. Tetapi kerana kita nak proses ‘healing” ini proses penyembuhan ini berlaku dengan baik dan sempurna doktor bagi MC sehingga 48 hari. Itu maknanya ‘severity of this disease’ amat menggerunkan kerana dia boleh ‘paralyze’.

“Dia tak boleh buat kerja berat. Jual belon pun tak boleh lepas ini ataupun dia membawa pegang perkara-perkara yang berat.

“Saya dimaklumkan dia juga tiada insurans seperti pekerja-pekerja lain yang ada PERKESO ketika bekerja boleh ‘claim’ insurans kemalangan dan sebagainya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa dalam tempoh 48 hari tersebut, pesakit tidak boleh bergerak secara aktif kerana tulang belakang sangat rapuh dan mudah menyebabkan komplikasi lebih teruk jika silap langkah.

“Dia kalau dalam masa 48 hari tu mesti penjagaannya ialah tak boleh bergerak terlalu ‘heavy’. Dia cukup sensitif dan tulang ni sudah ‘compress’ dia dah kemik. So dia dia teramat ‘faragile’.

“Bila ‘fragile’ dia akan libatkan ‘nerve’. Macam saya sebut tadi kalau ada silap sikit saja mungkin dia akan ‘paralize’. Dia pertama dia bila ‘compress’ T11 dengan L1 tu dia akan ‘effect’.

“So dia tampung di sini supaya tulang yang di belakang yang yang tak effect tu jangan hempap lagi, jangan ‘compress’ lagi. Sebab bila ‘compress’ memang dia boleh menjadi ‘fracture’ ataupun ‘burst fracture’. Bila ‘burst fracture’ memang kita kena ‘operate on the spot’.

“’And then some more’ dia tak nak bagi kita bergerak yang melebih sangat. So kita ada ‘limitation’ lah,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/4/2025

Ulasan