MEMALUKAN! ISU BANJIR TAMAN SRI MUDA, ORANG SELANGOR KEJAR MB SELANGOR SEHINGGA KE TAPAH!

MEMALUKAN! ISU BANJIR TAMAN SRI MUDA, ORANG SELANGOR KEJAR MB SELANGOR SEHINGGA KE TAPAH!

1. Sekumpulan penduduk Taman Sri Muda, Selangor yang terlibat dengan bencana banjir sebelum ini bertekad untuk serah memorandum kepada MB mereka yang dijadualkan akan berada di Tapah hari ini.

2. Disebabkan mereka gagal untuk bertemu dengan MB Selangor di Selangor maka mereka nekad untuk jumpa MB mereka di Tapah. Bukannya mereka tidak berusaha untuk adakan pertemuan dengan MB tetapi pelbagai alasan yang diberikan oleh pihak MB Selangor.

3. Maka mereka nekad untuk bertemu dengan MB di Tapah kerana MB Selangor terlibat dengan majlis makan malam di Kampung Coldmines yang dijadual dihadiri MB Selangor sebagai sebahagian daripada kempen BN untuk kerusi DUN Ayer Kuning.

4. Malangnya mereka telah dihalang untuk ke lokasi program dan memorandum gagal diserahkan. Maka hampa lah mereka akibat hasrat suci mereka terhalang lagi.

5. Kerana berita ini dah tersebar luas maka MB Selangor secara segera memanggil mesyuarat koordinasi pada hari esok dengan pihak jabatan yang terlibat.

6. Malang sungguh nasib orang Selangor yang dalam kesusahan, terpaksa melalui saat-saat seperti ini untuk memperjuangkan nasib mereka yang telahpun masuk empat tahun bencana banjir besar tersebut.

7. Susah sangatkah MB Selangor nak bertemu dengan rakyat sendiri? Memalukan...

KFAK

Ulasan