MENJELANG PRK AYER KUNING; TIADA AGENDA POLITIK, PERCAYALAH...

MENJELANG PRK AYER KUNING;
TIADA AGENDA POLITIK, PERCAYALAH...

Bakal Ketua AMK kata Ziarah Kasih MADANI bukan bersifat politik, semuanya adalah berasaskan kepada keperluan untuk membantu golongan yang perlu dibantu.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan ini juga kata mereka TIDAK PERNAH gunakan platform atau ruang Ziarah Kasih MADANI ini untuk bawa logo politik dan membeza-bezakan bantuan mengikut fahaman politik.

Cuma KEBETULAN sahaja agaknya, kenyataan ini dibuat selepas Ziarah Kasih MADANI di kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning semalam.
Memang TIADA AGENDA POLITIK, percayalah...

p/s : pengiring-pengiring pakai baju berlogo NGO mana tu?

KFAK

Ulasan