POLITIK WANG DALAM PEMILIHAN PARTI : UMNO VS PKR
1. Marah sungguh Ketua Pemuda UMNO bila ada ahli akar umbi PKR yang kata jangan bawa budaya politik UMNO ke dalam PKR. Budaya politik UMNO yang dimaksudkan adalah budaya memberi wang semasa berlangsungnya pemilihan parti.
2. Memanglah marah, tiba-tiba nak kaitkan UMNO dalam masalah parti mereka. Memang benar apa yang disebut oleh Dr Akmal Saleh suruh 'cermin diri' kerana PKR bukan pertama kali menghadapi masalah ini.
3. Paling terkini, ia diperakui sendiri oleh mantan Naib Presiden PKR, sdr Tian Chua bahawa gejala membeli undi bukanlah perkara baharu kerana ia telahpun berlaku sebelum ini. Pada tahun 2018, Rafizi Ramli sendiri membuat kenyataan terbuka bahawa berlakunya pembelian undi semasa pemilihan dengan ada cabang parti menerima sumbangan antara RM 100 ribu sehingga RM200 ribu, selain RM100 untuk setiap pengundi.
4. Ini membuktikan bahawa gejala politik wang telahpun berlaku di dalam PKR sebelum ini, bukannya gejala baru. Maka bila disebut jangan bawa budaya UMNO dalam PKR memang marahlah Ketus Pemuda UMNO.
5. Cuma, kita juga tidak nafikan bahawa UMNO memang menghadapi masalah dalaman terhadap gejala politik wang sebelum ini. Amalan politik wang di dalam UMNO bukanlah perkara baharu di dalam pemilihan parti.
6. Bulan lalu, Ketua UMNO bahagian Langkawi melahirkan rasa bimbang bahawa gejala politik wang akan kembali semula di dalam UMNO sekiranya cara pemilihan lama UMNO dikembalikan. Begitu juga disebut oleh Ku Li bulan lalu bahawa satu undang-undang baharu perlu diwujudkan bagi mengehadkan penggunaan wang dalam pemilihan parti serta pilihan raya bagi mengelak berlakunya politik wang.
7. Gejala politik wang akan merosakkan parti. Gejala politik wang juga akan menjahanamkan negara kerana politik wang adalah RASUAH POLITIK.
8. Maka kedua-duanya kena CERMIN DIRI.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan