PRK AYER KUNING : CUKUPKAH SEKADAR BERSIH KECAM NGA KOR MING?



PRK AYER KUNING ; CUKUPKAH SEKADAR BERSIH KECAM NGA KOR MING?

BERSIH kecam Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kerana menyalahgunakan jentera kerajaan. Timbalan Speker DUN Perak mempertahankan tindakan Menteri KPKT ini dengan alasan, antaranya KPKT pun telah mengumumkan pada awal tahun ini peruntukan RM2 juta untuk menaiktaraf pasar dan Taman Madani di Taiping, Perak sedangkan pada masa itu tiada PRK pun di Taiping. Peruntukan yang diumumkan bukannya sedikit, ia berjumlah RM 6.13 juta.

YB Jenny Choy, ADUN Canning dari DAP ini nampak seperti belum cukup matang menjawab seperti itu, hanya kerana tiada PRK di Taiping maka apa yang dibuat oleh Menteri KPKT merangkap Timbalan Pengerusi DAP ini pun tiada kaitan dengan PRK.

Apa yang pasti, di Tapah memang ada PRK dan penamaan calonnya telahpun berlaku pada pagi tadi. Apa yang pasti kecaman BERSIH bersandarkan kepada garis panduan '3C' yang dikeluarkan pada tahun 2023 yang menetapkan bahawa tiada syarat, tiada kempen dan tiada penglibatan calon dalam sebarang acara rasmi kerajaan bagi mengelakkan penyalahgunaan jentera kerajaan untuk tujuan politik.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Nga Kor Meng dikaitkan dengan isu seumpama ini. Sebelum ini, KPKT telah memperuntukkan sebanyak RM 5.21 juta untuk menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Projek Kampung Baru Cina di kawasan DUN Kuala Kubu Baharu ketika menjelang PRK DUN tersebut pada tahun lalu.

Cukupkah sekadar BERSIH mengecam Menteri KPKT ini? BERSIH perlu lebih berani untuk membawa perkara ini kepada SPRM.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
12 April 2025

Ulasan