PRK AYER KUNING : SLOGAN "UMDAP MANTAP" CIPTAAN NGA KOR MENG BERKUMANDANG, UMNO TERPAKSA JADI PAK TURUT


PRK AYER KUNING : SLOGAN "UMDAP MANTAP" CIPTAAN NGA KOR MENG BERKUMANDANG, UMNO TERPAKSA JADI PAK TURUT

1. Nga Kor Meng (NKM) mencipta kejutan apabila beliau dan beberapa ahli-ahli UMNO melaungkan "UMDAP MANTAP" ketika turun berkempen di PRK Ayer Kuning. Walaupun kelihatan di dalam video tersebut ahli-ahli UMNO kelihatan tersipu-sipu namun NKM kelihatan sangat yakin dan bersemangat.

2. Walaupun sebelum ini Presiden UMNO sebut bahawa UMDAP tidak wujud dan ianya adalah propaganda pembangkang namun usaha NKM telah menampakkan hasil ketika berkempen di Ayer Kuning.

3. Sebenarnya, usaha untuk memperkenalkan slogan UMDAP MANTAP telah cuba dimulakan di Johor ketika PRK Mahkota dan NKM telah mengakui bahawa ia telahpun dilancarkan di Johor namun senario di Johor khususnya hubungan BN dan PH tidak berjaya untuk membawa agenda NKM dan DAP.

4. Tapi nampaknya di Perak, usaha NKM semakin menjadi kenyataan apabila ahli-ahli UMNO sendiri kelihatan menyahut seruannya walaupun tersipu-sipu keadaan mereka.

5. Kenapa NKM berjaya di Perak? Sebab di Perak, PH adalah kuasa majoriti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan dengan PH ada 24 ADUN (DAP 18 ADUN) manakala BN ada 8 ADUN (UMNO 7 ADUN).

6. Di Perak UMNO/BN terpaksa akur dengan kehendak DAP seperti mana yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad bahawa sidang DUN Perak pun 'dikawal' oleh DAP.

7. Maka tidaklah pelik jika sepanjang kempen PRK Ayer Kuning ini laungan UMDAP MANTAP akan terus berkumandang walaupun Presiden UMNO tegaskan bahawa slogan UMDAP tidak wujud.

KFAK

Ulasan