TAHNIAH PIMPINAN DHPP : PERLU BANYAKKAN SESI DIALOG UNTUK DEKATI MASYARAKAT BUKAN ISLAM



TAHNIAH PIMPINAN DHPP : PERLU BANYAKKAN SESI DIALOG UNTUK DEKATI MASYARAKAT BUKAN ISLAM

1. Saya terharu mendengar bual bicara yang melibatkan dua pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) apabila membicarakan tentang PAS.

2. Kefahaman terhadap perjuangan PAS yang dikupas oleh Encik Balasubramaniam Nachiappan JP (Ketua DHPP Pusat) dan Dr. Shawn Loh (Naib Ketua DHPP Pusat) membuktikan PAS adalah parti yang sesuai untuk semua kaum.

3. Dr Shawn walaupun masih baharu di dalam PAS tetapi dapat memberikan komentar yang jelas terhadap pendekatan PAS dalam menyantuni masyarakat bukan Islam khususnya di kalangan masyarakat Cina.

4. Dialog seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang dengan kepelbagaian kaedah dan konsep tetapi perlu lebih mendekati kepada sasaran.
Tahniah kepada DHPP, terima kasih kepada penganjur.

KFAK
Boleh tonton di sini rakaman dialog tadi;

Ulasan