WASPADA : JANGKAAN HUJAN LEBAT TURUN DI KEBANYAKKAN NEGERI
1. Sejam tadi; sdr Mohammad Nazree Mohammad Aris Mohd Nazree, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia merangkap Pengarah Khidmat Malaysia negeri Melaka memaklumkan kepada kami bahawa Melaka telah mula banjir. Ketika ini pun, hujan masih lagi turun dengan lebatnya.
2. Makluman terbaharu daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pukul 10 malam menunjukkan sebahagian besar bahagian Barat Semenanjung Malaysia, sebahagian besar Sabah dan negeri Sarawak akan menerima ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 1 pagi nanti.
3. Media juga melaporkan bahawa paras Sungai Klang telah melepasi tahap bahaya dengan empat kawasan mencatatkan para melebihi paras waspada iaitu kawasan Sungai Bernam, Sungai Rasau, Stesen Tugu Keris dan Sungai Kuang.
4. Seperti yang telah saya nyatakan baru-baru ini, kita sedang menghadapi cuaca yang tidak menentu;
5. Ketika ini kita berada pada fasa Peralihan Monsun dijangka akan berterusan sehingga Mei 2025 yang memungkinkan berlakunya ribut petir dan hujan lebat.
6. Justeru adalah dinasihatkan supaya masyarakat lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
7. Khidmat Malaysia akan sentiasa mengemaskini maklumat terkini melalui FB Khidmat Malaysia dan sentiasa memantau perkembangan yang berlaku.
Sekian.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
15 April 2025,10.25 malam
Ulasan
Catat Ulasan