APABILA LIM GUAN ENG TEGUR KERAJAAN PULAU PINANG
Pulau Pinang sememangnya sinonim dengan pembangunan pesat, pelaburan teknologi dan tarikan pelancongan. Tapi hari ini nama negeri ini kembali hangat; bukan kerana makanan ataupun pemandangannya, tetapi disebabkan beberapa teguran serius daripada bekas Ketua Menteri sendiri, YB Lim Guan Eng.
Hari ini, LGE membuat teguran kepada kerajaan Pulau Pinang. Sebagai tokoh yang pernah memimpin negeri ini selama dua penggal (2008–2018), suara LGE tentunya bukan calang-calang. Bila beliau mula bersuara lantang, ramai tertanya, apa sebenarnya yang berlaku? Walaupun sering kedengaran hubungan kurang baik di antara LGE dengan Ketua Menteri Pualau Pinang ketika ini namun sudah tentulah teguran panjang lebar LGE akan menambahkan lagi keyakinan awam bahawa hubungan kedua-duanya semakin renggang.
Apapun, marilah kita lihat apa yang LGE tegur kerajaan negeri; seperti yang yang saya petik dari laporan berita Malaysiakini. Kita ringkaskan lima perkara utama yang dibangkitkan oleh beliau dan kenapa ia penting untuk kita ambil tahu:
1. Duit Negeri Susut Drastik – Dari RM1.15 Bilion ke RM43 Juta?
LGE mempersoalkan bagaimana rizab hasil negeri boleh jatuh menjunam hanya dalam tempoh lima tahun. Tahun 2019, negeri ada RM1.15 bilion. Tapi menjelang Mei 2025, tinggal RM43 juta sahaja. Katanya, ke mana duit tu semua pergi? Rakyat patut tahu.
2. Isu Tanah Ladang Byram: Tender Lebih Tinggi Ditolak?
Isu ini menyentuh soal urus niaga tanah 559 ekar yang pada awalnya dijual secara terus kepada syarikat UMECH dengan harga RM646 juta. Tapi ada konsortium lain (diketuai IJM) yang tawarkan RM818 juta — lebih tinggi! Kenapa tawaran lebih lumayan ditolak? Kenapa rundingan dibuat semula dengan harga yang lebih rendah?
Soalan yang adil dan patut dijawab dengan jelas.
3. Hutang Kepada PDC Tiba-Tiba Melonjak
Satu lagi persoalan besar: hutang kerajaan negeri kepada PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang) meningkat lebih RM300 juta dalam masa kurang dua tahun. Apakah pelan bayaran balik dan kenapa ini tak diumum awal-awal kepada rakyat atau ADUN?
4. Bonus 6 Bulan Gaji – Waktu Ekonomi Tak Menentu
Walaupun negeri dikatakan dalam keadaan kewangan ketat, kakitangan PDC dilaporkan menerima bonus enam bulan gaji. Bagus jika prestasi mereka memang cemerlang tapi dalam konteks keadaan semasa, adakah itu langkah bijak? Rakyat sedang berjimat, tapi pegawai dapat durian runtuh?
5. Jangan Sampai Program Rakyat Terjejas
Lim juga bimbang program bantuan rakyat seperti iSejahtera mungkin terjejas. Kalau bajet makin ketat, adakah bantuan seperti tunai kepada warga emas, ibu tunggal dan pelajar akan dikurangkan atau dimansuhkan?
Inilah perkara yang betul-betul menyentuh hati rakyat biasa. Lebih-lebih lagi hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow mengesahkan bahawa kerajaan negeri telah membuat pembelian sebanyak 15 kenderaan bagi kegunaan kerajaan negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, iaitu berupa kereta Toyota Camry 2.5V dengan perbelanjaan RM3.31 juta!
Apa Yang Kita Boleh Pelajari?
Teguran Lim Guan Eng ini bukan sekadar perbalahan dalaman politik. Ia isyarat kepada kita semua bahawa sebagai rakyat, kita perlu cakna dan kritikal terhadap pengurusan negeri. Tak kira siapa yang memerintah, yang penting ialah ketelusan, akauntabiliti dan keutamaan terhadap rakyat.
Apa pendapat anda? Adakah anda setuju dengan teguran YB Lim Guan Eng? Atau adakah anda rasa ianya terlalu berat sebelah? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen!
KFAK
#PulauPinang #LimGuanEng #IsuSemasa #PolitikMalaysia #TeguranKerajaan #KewanganNegeri #BlogAnalisis
Ulasan
Catat Ulasan