CADANGAN KERJA EMPAT HARI SETENGAH DALAM SEMINGGU DI JOHOR; APA KESUDAHANNYA?



CADANGAN KERJA EMPAT HARI SETENGAH DALAM SEMINGGU DI JOHOR; APA KESUDAHANNYA?

1. Cadangan kerajaan negeri Johor untuk melaksanakan hari kerja empat hari setengah dalam seminggu pada akhir tahun lalu telah dikemukakan kepada kerajaan Pusat namun sehingga ke hari ini masih belum ada kata putus dari Jamaah Menteri.

2. Cadangan yang akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat khususnya penjawat awam ini adalah sangat wajar dilaksanakan dan saya telah pun memberikan sokongan kepada cadangan terrsebut;

3. Namun begitu, agak malang apabila sudah hampir enam bulan cadangan ini dikemukakan, masih belum ada tindakan dan perlaksanaan sehingga ke hari ini.

4. Adakah ia mendapat tentangan daripada kerajaan Pusat ataupun kerajaan Johor telah menarik kembali cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini?

5. Adalah sangat wajar perkara ini akan mendapat respon daripada Menteri Besar Johor bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Kluang, Johor
14 Mei 2025

Ulasan