JANGAN SESEKALI TIDAK BERSETUJU !!


JANGAN SESEKALI TIDAK BERSETUJU !!

1.Orang kata PEREMPUAN sentiasa BETUL! Dalam buku The Diary of a CEO: The 33 Laws of Business and Life, Steven Bartlett, memperkenalkan prinsip Ketiga yang bertajuk "You Must Never Disagree". Prinsip ini menekankan pendekatan komunikasi yang strategik dalam perbincangan, rundingan dan konflik dengan tujuan untuk mempengaruhi dan membina hubungan yang lebih berkesan.

2. Bartlett menceritakan bagaimana pengalamannya melihat dan mendengar sendiri bagaimana ibunya yang sentiasa 'membebel' terhadap ayahnya dan mengambil masa 20 tahun untuk memahami kenapa ayahnya cuba untuk mengelakkan dari berdebat dengan ibunya.

3. Hasil dari penelitiannya; Bartlett menegaskan bahawa dalam situasi perbincangan atau perdebatan, jika kita memulakan dengan penolakan atau bantahan langsung maka ia boleh menyebabkan pihak lawan menjadi defensif dan kurang terbuka untuk menerima pandangan kita. Sebaliknya, beliau mencadangkan agar kita mencari kepercayaan atau motif yang dikongsi bersama yang akan memastikan minda mereka terbuka kepada pandangan kita.

4. Dengan memulakan perbincangan dari titik persamaan, kita dapat mengekalkan keterbukaan dalam dialog dan meningkatkan kemungkinan untuk mempengaruhi pandangan pihak lain.

5. Bartlett merujuk kepada kajian oleh ahli saraf Tali Sharot yang menunjukkan bahawa persetujuan dalam perbincangan meningkatkan keterlibatan kognitif dan penerimaan terhadap maklumat baru manakala ketidaksepakatan akan cenderung mengurangkan keterbukaan dan menyebabkan individu mengelakkan diri daripada pandangan yang berbeza.

6. Oleh itu, untuk mempengaruhi atau mengubah pandangan seseorang, adalah lebih berkesan untuk memulakan dengan persetujuan atau pengiktirafan terhadap pandangan mereka sebelum memperkenalkan perspektif baru.

7. Justeru bagaimana untuk kita terapkan dalam hidup kita? Prinsip ini boleh diaplikasikan dalam pelbagai konteks:

i.Perundingan Perniagaan: Memulakan dengan menyatakan persetujuan terhadap beberapa aspek sebelum membincangkan perbezaan pandangan.

ii. Hubungan Peribadi: Mengelakkan konflik dengan mengenal pasti dan menekankan nilai atau kepercayaan yang dikongsi bersama.

iii. Perdebatan Umum: Menggunakan pendekatan ini untuk memastikan perbincangan kekal konstruktif dan tidak berubah menjadi pertikaian.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua para pembaca. Pandangan Bartlett ini selari dengan kaedah yang saya gunakan dalam hidup

KFAK

Ulasan