KENDERAAN MP SRI GADING DIROSAKKAN; TIADA KAITAN DENGAN POLITIK TAKSUB ATAU KEBENCIAN
1. Beberapa hari yang lalu, kenderaan rasmi Ahli Parlimen Sri Gading, YB Haji Aminolhuda Bin Hassan telah dirosakkan oleh seorang individu dan ianya dilaporkan dalam pelbagai media di Malaysia. Di dalam laman parti mereka, berita ini mendapat perhatian dengan pelbagai ulasan seperti politik kebencian, politik taksub dan seumpamanya tanpa menyebut mana-mana parti.
2. Alhamdulillah, tindakan pantas pihak PDRM telah berjaya memberkas seorang bekas guru taska berusia 37 tahun dan ujian air kencing turut mendedahkan suspek positif dadah jenis methamphetamine.
3. Berita penangkapan suspek juga telah disiarkan di dalam media namun ianya tidak dijumpai di laman harapandaily mahupun page rasmi PAN serta dalam page YB Haji Huda sendiri. Mungkin kerana penangkapan suspek tersebut menunjukkan beliau adalah seorang yang terlibat dengan salah guna dadah tanpa ada unsur-unsur politik seperti yang diperkatakan sebelum ini.
4. Sebagai pengajaran, adalah lebih baik serahkan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk membuat siasatan sebelum membuat apa-apa spekulasi dan andaian. Jika tidak, akhirnya nanti diri sendiri yang menanggung malu.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan