
PAS tidak mundur, tapi maju dengan prinsip
May 9, 2025
KUALA LUMPUR: Tuduhan bahawa mengundi PAS menyebabkan negara mundur merupakan satu naratif jahat dan berniat buruk yang sedang digerakkan secara meluas oleh laskar siber tertentu untuk membina persepsi negatif terhadap PAS dan perjuangan Islam.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Shehdi Hazrik Shamsudin berkata, tuduhan itu tidak berasas, sedang PAS terdiri daripada ramai profesional berintegriti yang komited memajukan negara, malah PAS mempunyai rekod kepimpinan bersih tanpa rasuah atau salah guna kuasa.
“Satu naratif jahat yang sedang dibawa oleh cybertrooper ‘walanon’ bagi menggambarkan dan membina persepsi bahawa PAS tidak mahu kemajuan. Adakah benar PAS tidak mahu kemajuan? Kita kupas sikit isu ini.
“Pertama, aku tak rasa undi PAS negara mundur, dalam PAS ramai ahli profesional yang ikhlas mahu memajukan negara dan paling penting pimpinan PAS adalah pemegang rekod bersih, pemimpin tanpa amalan rasuah dan salah guna kuasa.
“PAS pernah mentadbir Selangor di zaman Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahin dan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; dan Selangor terus maju dalam pentadbiran PAS bersama Pakatan Rakyat. Kenapa perlu dibandingkan dengan negeri-negeri yang sekian lama didikriminasikan oleh Kerajaan Pusat terdahulu,” katanya.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa komitmen PAS adalah menyeluruh yang bukan hanya kepada pembangunan duniawi tetapi juga kepada pembangunan rohani dan akhirat.
“Sebagai contoh, Kelantan menjadi negeri pertama melaksanakan sistem kewangan Islam dan melupuskan lesen premis judi tanpa perlu bergantung kepada hasil haram,” katanya.
Beliau berkata, membawa syariat Islam bukan penghalang kepada kemajuan, malah ia adalah sistem yang ditetapkan oleh Allah SWT serta kekal relevan sepanjang zaman hingga hari kiamat.
Bahkan, Imam Mahdi dan Nabi Isa AS juga nanti akan menegakkan syariat yang sama seperti dibawa Nabi Muhammad SAW.
“Kenapa perlu menjadi lidah kepada musuh-musuh Islam, sedangkan membawa Islam adalah tanggugjawab kita bersama.. sebab itu saya terus memilih bersama perjuangan PAS.
“Bukan kerana pemimpin yang pasti nanti bersilih ganti, tetapi asas perjuangan PAS itu sendiri yang tidak pernah berubah konsisten membina umat Islam yang bertakwa.
“Aku dengan tujuan hidup aku.. kini ramai bukan Islam kagum dengan agama Allah, kenapa perlu menentang sedangkan Islam menyelesaikan masalah hidup kamu,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2025
Ulasan
Catat Ulasan