
Pemuda PAS konsisten tolak RUU URA versi Madani
May 8, 2025
DEWAN Pemuda PAS Malaysia menegaskan pendirian konsisten dalam menolak cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dibawa oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Kerajaan Madani.
Kenyataan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH), Woo Kah Leong, yang menuduh perhimpunan bantahan terhadap RUU URA anjuran Pemuda PAS sebagai usaha mengalihkan perhatian daripada kekalahan Perikatan Nasional (PN) di PRK Ayer Kuning, serta mempersoalkan kononnya Pemuda PAS berdiam diri walaupun draf RUU ini telah lama dipaparkan, adalah tidak berasas dan menyimpang jauh daripada fakta sebenar
Sejak tahun 2024, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan serta kesedaran kepada rakyat mengenai implikasi negatif RUU URA ini. Malah, satu kenyataan rasmi penolakan terhadap RUU ini telah dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia pada 25 Februari 2025 yang lalu.
Justeru, perhimpunan aman yang dijadualkan pada 14 Jun 2025 bukanlah suatu tindakan mengejut atau bermotif politik, sebaliknya merupakan manifestasi penegasan sikap rakyat, khususnya anak muda, terhadap cadangan undang-undang yang berpotensi mencabul hak milik dan membuka ruang kepada penindasan atas nama pembangunan semula bandar.
Pemuda PAS Malaysia dengan tegas akan menolak RUU URA versi Madani ini dan menyeru kepada semua parti politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO), NGI, serta seluruh rakyat yang prihatin untuk bersama turun ke perhimpunan aman pada 14 Jun 2025, bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan RUU URA yang dijangka dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat
YB USTAZ MOHD HAFEZ SABRI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
ADUN Manjoi – HARAKAHDAILY 8/5/2025
Ulasan
Catat Ulasan