PMX TANYA PAS; MANA PROJEK PEMBANGUNAN KUALA LUMPUR?
1. Pada asalnya saya fikir posting ini hanya 'fake' sahaja sebab tak sangka PMX akan sebut seperti ini. Jika dahulu semasa Pembangkang, tidaklah pelik jika DSAI tanya apa kerajaan buat. Tetapi rasa pelik yang teramat sangat bila yang tanya soalannya adalah PMX maka sudah tentulah ia menjadi satu tanda tanya.
2. Saya baru sahaja meneliti ucapan PMX yang diucapkannya malam tadi dan mendapati bahawa ucapan itu ditujukan kepada PAS dan BERSATU yang menjadi kerajaan bermula 2 Mac 2020 sehingga 16 Ogos 2021 (setahun tiga bulan).
3. Saya meletakkan tempoh tersebut kerana PMX hanya sebut PAS dan BERSATU tanpa mengaitkan UMNO walaupun PAS dan BERSATU bukanlah Menteri Wilayah Persekutuan pada masa itu.
4. Dalam ucapan yang kurang dari 1 minit itu, PMX menempelak PAS dan BERSATU, PMX juga sebut Melayu mana nak dibela? Ucapan ini diakhiri dengan PMX laungkan;
"Kita akan tetap pertahankan dasar ini dan kita akan Lawan Tetap Lawan!"
5. Saya percaya ucapan ini adalah berkaitan dengan bantahan PAS terhadap RUU Pembangunan Semua Tanah (URA) yang bakal dibentangkan di Parlimen.
6. Ucapan PMX ini walaupun pendek tapi saya memang agak musykil kenapa ia perlu disebut dalam nada yang penuh emosi malam tadi. Apa emosi sangat sehingga menyeru perwakilan untuk "Lawan Tetap Lawan"? Terlupakah bahawa anda adalah Pemerintah?
7. Seperti seolah-olahnya apa yang pihak kerajaan ingin lakukan tidak boleh menerima kritikan dan bantahan dari pihak lain khususnya pihak Pembangkang.
8. Apapun, saya juga harap Tan Sri Annuar Musa yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sewaktu tempoh kerajaan Perikatan Nasional memerintah negara dapat memberikan respon pada ucapan PMX malam tadi. Lebih-lebih lagi, tempoh setahun tiga bulan tersebut dilalui dengan ancaman COVID19 sedang melanda negara dan dunia
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan