UMNO SUDAH HILANG TARING; TENGKU ZAFRUL KELUAR UMNO, SERTAI PKR
1. Boleh dikatakan, pengumuman Tengku Zafrul isytihar keluar UMNO dan sertai PKR tidaklah memeranjatkan kerana sebelum ini sudah ada ramalan dan desas-desus yang menyebut beliau akan masuk PKR.
2. Ditambah lagi, apabila dua kekosongan kerusi Menteri yang bakal ditinggalkan oleh Rafizi Ramli dan Nik Nazmi memberikan ruang yang lebih luas kepada Tengku Zafrul untuk mengisi kekosongan tersebut khususnya Menteri Ekonomi.
3. Sebagai MT dan Ketua Bahagian UMNO, 'pengorbanan' yang dibuat oleh Tengku Zafrul sudah semestinya sesuatu yang perlu digantikan dengan kedudukan yang lebih bermakna.
4. Nampaknya mudah untuk PKR menerima ahli dari parti dalam komponen Kerajaan Parpaduan. Jika sebelum ini, Setiausaha Agung PAN membuat kenyataan pemecatan terhadap ahli-ahli PAN yang menyertai pemilihan parti lain (khususnya pemilihan PKR) maka sekarang ini PKR menerima pula seorang pimpinan kanan UMNO ke dalam Parti mereka.
5. UMNO sudah hilang taringnya.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan