ALLAH LEBIH MENYAYANGINYA...
Alhamdulillah, petang tadi saya mewakili PAS Pusat menyampaikan sumbangan kepada keluarga allahyarham Muhammad Aizat Amni kepada keluarga arwah di rumahnya petang tadi.
En. Sobri dan isteri walaupun rasa sedih dengan kehilangan anak kesayangan mereka tapi mereka tetap redha dengan ketentuan daripadaNya.
Allahyarham adalah Pegawai Media PAS kawasan Wangsa Maju dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS kawasan Wanga Maju adalah seorang yang sangat komited dengan tugas yang diamanahkan kepadanya.
Arwah telah meninggal dunia di Markaz PAS kawasan Wangsa Maju pada pukul 10.45 pagi akibat serangan jantung semasa tidur.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala dosanya serta mengangkat darjatnya di sisi Allah.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan