MELOBI JADI MENTERI TAK SALAH ; SIAPA LAYAK UNTUK ISI KEKOSONGAN?

MELOBI JADI MENTERI TAK SALAH ; SIAPA LAYAK UNTUK ISI KEKOSONGAN?

1. Memang tidak salah untuk melobi jawatan Menteri, walaupun pada asalnya ia adalah kuota Menteri dari PKR yang telah meletakkan jawatan seperti mana yang telah diketahui umum.

2. Walaupun dalam PKR sendiri pun sedang giat proses melobi untuk jawatan-jawatan tersebut seperti yang telah didedahkan sebelum ini, namun bukan menjadi kesalahan untuk PAN melobi jawatan-jawatan Menteri tersebut.

3. Lebih-lebih lagi, dakwa Dr Zuhan bahawa UMNO juga sedang melobi jawatan-jawatan Menteri tersebut. Maka takkanlah salah PAN juga nak melobi sama.

4. Jika kita lihat di kalangan Ahli Parlimen PAN yang masih belum di bawa masuk ke Kabinet sebagai Menteri adalah MP Hulu Langat, Shah Alam, Sri Gading dan Pulai.

5. Di antara mereka, siapa yang paling sesuai untuk dilantik sebagai Menteri Ekonomi bagi menggantikan Dato' Seri Rafizi Ramli? Kita utamakan dulu MP sebelum cadangan lantikan Senator. Mungkin Dr Zuhan dah ada dalam fikirannya...

KFAK

Ulasan