TENGKU ZAFRUL SERTAI PKR : KAMIL MUNIM SAHKAN PERBINCANGAN TELAH DIBUAT LEBIH SETAHUN
1. Sama ada kenyataan ini dibuat dalam keadaan sedar atau tidak, Ketua AMK Kamil Munim telah mengesahkan bahawa perbincangan untuk menarik Tengku Zafrul untuk sertai PKR telah dibuat lebih setahun yang lalu.
2. Bermakna, usaha untuk memastikan Tengku Zahrul meninggalkan UMNO telah dibuat oleh PKR dalam tempoh yang lama. Secara tidak langsung, spekulasi yang telah digembar-gemburkan selama ini tentangTengku Zahrul adalah benar sama sekali.
3. Walaupun semalam Setiausaha Agung PKR menyebut bahawa penerimaan rasmi Tengku Zafrul masih belum dibuat, saya fikir agak mustahil jika permohonan ini akan ditolak sekiranya perancangannya telah dibuat begitu lama.
4. Begitulah sikap PKR, boleh sahaja rancang dan bertindak untuk 'mencuri' ahli parti kawan dalam Kerajaan Perpaduan manakala rakan parti yang lain tidak berupaya untuk bertegas.
5. Teringat kata-kata arwah Datuk Salahuddin Ayub, "tidak manis parti komponen PH terima ahli parti rakan" yang ditujukan kepada PKR yang menerima ADUN PAN sebelum ini.
6. Kali ini, Senator berstatus Menteri dari IUMNO pula hendak pergi ke PKR. Apakah cukup sekadar UMNO hendak kata ianya "tidak manis" sahaja?
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan