PAN SEMAKIN TERTEKAN DENGAN UMNO DI JOHOR : DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPA



PAN SEMAKIN TERTEKAN DENGAN UMNO DI JOHOR : DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPA

1. Kemungkinan bahawa PH dan BN akan bertembung antara satu sama lain dalam PRU di Johor nanti bukanlah satu perkara yang terselindung kerana kenyataan PAN Johor yang mewakili PH seringkali kita dapat baca dalam medsos.

2. Terbaharu, Ketua PAN kawasan Iskandar Puteri, Haji Dzulkefly Ahmad secara terbuka menyatakan minat partinya untuk kembali mencuba nasib di Skudai dalam PRU akan datang. Dalam politik, kenyataan seperti itu bukan sekadar untuk suka-suka. Ia mesej. Ia amaran. Ia petanda bahawa kesabaran politik mungkin ada hadnya.

3. Lebih menarik, Dzulkefly mahu PH bertanding solo di kerusi itu atas faktor akar umbi, prestasi dan kelayakan. Tapi yang tersirat lebih dalam, ini soal maruah parti yang tidak mahu terus menjadi penumpang dalam rundingan politik yang dikawal dari atas, jauh dari denyut nadi pengundi bawah.

4. Dua bulan lalu, Haji Dzulkefly juga telah mendesak BN Johor supaya menyatakan pendirian sama ada mahu hadap PRU dua penjuru atau tiga penjuru. Ia sekaligus membayangkan rasa ketidakpuasan hati PH Johor terhadap BN yang masih lagi mengkesampingkan PH dalam kerajaan di Johor sehingga ke hari ini.

5. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Abdul Aziz Sapian telahpun menyatakan pendirian mereka bahawa UMNO bersedia untuk berhadapan dengan PAN di DUN Kota Iskandar.

6. Nampaknya PAN semakin tertekan dengan UMNO di Johor. Bak kata pepatah; ditelan mati emak, diluah mati bapa.

KFAK

Ulasan