KENAPA SAYA BELI BUKU MY SHARE OF THE TASK
1. Minggu lepas, saya terbaca kisah General Stanley McChrystal, bekas Komander Pasukan Khas Amerika Syarikat dan Komander Pasukan NATO di Afghanistan. Apa yang menarik bukannya kisah peperangan di Afghan tetapi beliau telah mengkritik pentadbiran Presiden Barack Obama dan Naib Presiden Joe Biden yang disiarkan dalam majalah Rolling Stone dengan satu artikel bertajuk “The Runaway General”.
2. Dalam artikel itu, McChrystal dan beberapa pegawainya telah mengkritik dasar politik Washington, khususnya strategi Obama terhadap Afghanistan, menyindir Joe Biden yang ketika itu menjadi Naib Presiden kerana perbezaan pandangan strategi perang dan menunjukkan rasa kecewa terhadap birokrasi dan campur tangan politik dalam operasi ketenteraan. Akhirnya, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Komander Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) di Afghanistan.
3. Maka saya telah mencari buku yang beliau tulis dan akhirnya buku My Share of the Task say temui di dalam Shoppe. Buku ini baru saya ‘unwrapping’ bila sebaik sahaja tiba di pejabat tadi.
Apa yang menariknya buku ini?
4. Setakat yang saya temui dalam medsos, buku ini memaparkan bukan sahaja strategi peperangan tetapi juga renungan falsafah tentang kepimpinan, kepercayaan dan perubahan organisasi.
5. Untuk orang awam, buku ini menawarkan pandangan eksklusif tentang bagaimana kepimpinan berfungsi dalam situasi ekstrem manakala bagi pemimpin organisasi, buku ini menjadi inspirasi tentang bagaimana membina pasukan yang tangkas dan berdisiplin tinggi.
6. Saya pun masih belum membacanya, belum masanya untuk membuat ulasan panjang…
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan