PESTA ARAK DI SEKOLAH ST. MICHAEL ; APA SEBENARNYA YANG MEREKA HENDAK?
Kalau benar wujud acara berkaitan arak di sekolah, ini bukan sekadar isu kecil. Ini soal nilai dan hala tuju pendidikan negara.
Sekolah sepatutnya tempat mendidik akhlak, bukan medan mencabar sempadan moral. Bila arak mula “dipamerkan” atas nama budaya atau pendidikan, mesej yang diserap kepada pelajar ialah: arak itu normal. Itu bahaya besar.
Malaysia ini negara majmuk, ada agama, ada sensitiviti. Hormatilah garis merah itu. Kita tidak menolak keterbukaan tapi menolak normalisasi budaya songsang di tempat mendidik anak bangsa.
Kementerian Pendidikan perlu bertindak segera. Tiada ruang untuk promosi arak di sekolah!
Jika akar nilai digoyang, rapuhlah tunjang bangsa.
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan