TAHNIAH SUA PAN KERANA DEDAHKAN JUMLAH AHLI MEREKA YANG SEBENAR.
1. Akhirnya, Parti Amanah Negara (PAN) tampil mengisytiharkan jumlah keahlian terkini mereka: 200,000 ahli dengan 185 kawasan berdaftar. Saya ucapkan tahniah kepada SUA PAN kerana mengambil langkah yang berani, mendedahkan angka sebenar (walaupun masih meragukan), bukan lagi bersandarkan naratif seperti “sokongan semakin meningkat” tanpa data yang jelas.
2. Sudah bertahun-tahun rakyat dihidangkan cerita mengenai “gelombang besar” ahli PAS yang kononnya akan berhijrah ke PAN. Pada tahun 2019, pernah dicanangkan bahawa 800,000 ahli PAS sedang menunggu masa untuk membuat peralihan. Nyata sekali, ia hanyalah cerita yang mudah diceritakan tetapi tidak pernah dibuktikan.
3. Berbanding dengan PAS, angka keahlian diumumkan secara telus dan konsisten. Setiap bulan, jumlah ahli baharu yang diluluskan dimaklumkan terus selepas mesyuarat rasmi parti, boleh dibaca dalam FB pimpinan PAS Pusat. Saya pernah melaporkan bahawa PAS telah menerima 287,851 ahli baharu sejak 2016, angka rasmi, bukan angan-angan.
4. Dengan jumlah 200,000 ahli, PAN masih jauh di belakang PAS yang bukan sahaja memiliki keahlian lebih besar, malah berjaya mendaftarkan ahli baharu lebih ramai daripada keseluruhan keahlian PAN dalam tempoh yang sama.
5. Tidak hairanlah mengapa DAP seakan, tidak lagi terlalu bergantung kepada PAN untuk menambah sokongan. Sebaliknya, kini kelihatan lebih selesa mempopularkan slogan seperti UMDAP MANTAP, kerana UMNO dianggap lebih berpotensi mengisi kekosongan sokongan yang PAN gagal tambahkan.
KFAK

Ulasan
Catat Ulasan