MAAFKAN ANA SAHABAT...


MAAFKAN ANA SAHABAT...

Maafkan ana sahabatku Mohd Azmi Anuar kerana tak dapat menziarahi anta sehingga anta telah kembali kepadaNya petang tadi.

Haji Azmi sahabat yang baik dan kenangan yang tak dapat dilupakan bersama arwah ketika menemani saya memantau 40 kerusi Parlimen PAS di seluruh negara pada akhir tahun 2022.

Perlis, Kedah, Penang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka sampailah ke negeriku Johor, arwah sentiasa menemani saya bersama sahabat² yang lain.

Arwah akan dikebumikan malam ini, saya pula baru sahaja bergerak ke KL dari Kluang. Tak dapat juga untuk memberikan penghormatan terakhir untuk arwah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama golongan mereka yang beriman.

Khairul Faizi Ahmaf Kamil
7 Jun 2026, 8.55 malam

Ulasan