2 jurutol Plus cedera terkena tembakan

Assalamu'alaikumdan salam perjuangan,

Takziah diucapkan kepada 2 Jurutol Plus yang cedera dalam rompakan semasa bertugas pada awal pagi tadi.

Walaupun kejadian tersebut tidak meragut nyawa mangsa namun kecederaan tersebut di lihat serius dan sudah tentu meninggalkan kesan kepada kepada kedua-dua mangsa.

Plus perlu mengambil tindakan yang lebih serius dalam mengatasi pekara yang sama berulang pada masa akan datang. Kawalan keselmatan perlu dipertingkatkan lebih-lebih lagi mengikut laporan berita ini, pengwl keselamatan yang mengiring mangsa tidak membawa apa-apa senjata ketika kejadian.

Wassalam
-----------------------

2 Jurutol Plus Cedera Terkena Tembakan - Sinar Harian Online

SEREMBAN – Dua jurutol Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) nyaris maut selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian samun berhampiran Plaza Tol Seremban, susur keluar ke arah utara, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 malam itu, mangsa, Nurijah Rosli, 24, yang mengandung dua bulan dan rakan sekerjanya, Mohd Haffiz Zamri, 26, parah selepas ditembak dengan senapang jenis pump gun dari arah dekat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan dari Plaza Tol Seremban susur masuk ke Seremban dari arah utara, menuju ke pejabat syarikat terbabit di Plaza Tol Seremban, susur keluar ke arah utara.

“Ketika kejadian, kedua-dua mangsa mahu menghantar wang kutipan pada hari tersebut berjumlah hampir RM2,000 ke pejabat syarikat, kira-kira 200 meter dari plaza tol.

 “Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, sebuah kereta jenis Proton Wira tiba-tiba memintas motosikal mereka, sebelum salah seorang suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa," katanya.


klik http://www.sinarharian.com.my/semasa/2-jurutol-plus-cedera-terkena-tembakan-1.56935

Ulasan