PAS JOHOR TERIMA KEAHLIAN BAHARU DARI AHLI PAN



KENYATAAN MEDIA : 
PAS JOHOR TERIMA KEAHLIAN BAHARU DARI AHLI PAN
3 Rabiulakhir 1442 18 November 2020

Assalamu'alaikum dan salam hormat,

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor) mengambil maklum bahawa terdapat beberapa PAS kawasan di Johor yang telah menerima permohonan keahlian baharu daripada Parti Amanah Negara (PAN). 

Terbaharu adalah di kawasan Bakri yang menerima dua ahli PAN yang sebelum ini adalah merupakan aktivis PAS. Begitu juga di kawasan Kluang, Pagoh dan beberapa kawasan yang telah menerima permohonan tersebut. 

Sebahagian daripada mereka telah diterima dan diluluskan oleh PAS Pusat dan sebahagian daripada mereka masih ditapis dan diteliti di peringkat PAS kawasan.

Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim bin Jasin pada bulan Februari yang lalu bahawa PAS bersedia menerima ahli PAN yang insaf untuk kembali semula kepada PAS maka PAS Johor juga tidak berkeberatan untuk membuka pintu kepada ahli PAN untuk kembali kepada PAS. 

Dalam proses untuk meneliti penerimaan keahlian baharu, PAS Johor menyerahkan kepada PAS kawasan untuk melaksanakan tindakan yang seterusnya.

Sekian, wassalam.

Ustaz Abdullah bin Hussin
Pesuruh Jaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor

Ulasan