KENYATAAN MEDIA: BILIK GERAKAN INFO BENCANA PANTAU BANJIR DI TIGA NEGERI


1. Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) mengambil tindakan segera dengan menggerakkan operasi di Bilik Gerakan Info Bencana (BGIB) pada pagi ini setelah tiga buah negeri iaitu Selangoe, Perak dan Pahang dilaporkan telah mengalami bencana banji dan Pusat Pemidahan Sementera (PPS) telahpun dibuka di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sehingga kini, seramai 1,138 orang mangsa telah dipindahkan di 15 buah PPS yang melibatkan 9 PPS di Selangor, 4 buah PPS di Perak dan 2 buah PPS di Pahang.

2. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telahpun mengeluarkan kenyataan media yang terkini pada 7 November 2023 (semalam) dengan menyatakan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 11 November 2023 dan berterusan sehingga Mac 2024. Dijangkakan bahawa dalam tempoh tersebut, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

3. Semasa fasa awal MTL dari November 2023 hingga Januari 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak. Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia.

4. Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih ekstrem.

5. Bilik Gerakan Khidmat Malaysia di peringkat negeri yang terlibat dengan bencana banjir telahpun mula beroperasi sejak beberapa minggu yang lalu seperti di Kedah dan Selangor apabila beberapa tempat telah mengalami bencana banjir serta bencana ribut/puting beliung di Jerlun, Kedah.

6. Anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) telah terkehadapan dalam melaksanakan tugasan di peringkat Rescue dan Relief dengan dibantu oleh entiti yang lain seperti Lajnah Kebajikan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs)

7. Khidmat Malaysia di peringkat Negeri dan Kawasan di seluruh negara hendaklah memastikan bahawa persiapan termasuklah menyediakan tenaga kerja, sukarelawan dan peralatan yang bersesuaian dengan operasi bencana nanti dipertingkatkan segera. Bilik Gerakan Negeri dan Bilik Operasi, kelengkapan dan peralatan pentadbiran di peringkat kawasan hendaklah dipersiapkan.

8. Khidmat Malaysia telahpun menggerakan TABUNG BENCANA RM100K bagi fasa pertama dalam tempoh sebulan pada 25 Oktober yang lalu namun kutipannya masih belum mencapai sasaran yang diperlukan.

9. Justeru kami merayu kepada semua pihak supaya dapat menghulurkan sumbangan anda ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir dan sukarewalan yang terlibat. Sumbangan juga boleh salurkan di link: https://infaqpay.my/plus/khidmatmalaysia-sumbangan

10. Sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.

Sekian, wassalam.

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan”
“Beramal Kerana Allah”

TUAN KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL, KMN
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
8 November 2023

Ulasan