AMEERAH DAN PERLEMBAGAAN PAS








Saya dijemput oleh Ameerah Kelantan untuk membentangkan kertas kerja dengan tajuk PAS DAN PERLEMBAGAAN di MADU, Machang.

Seingat saya belum pernah mana-mana Ameerah atau organisasi berstatus Jabatan dalam PAS menjemput saya untuk bentang tentang perlembagaan PAS. Ini satu perkembangan yang sangat baik sebab anak-anak muda PAS mahu mendalami apa itu Perlembagaan PAS.

Ada sebahagian dari peserta mengakui bahawa inilah pertama kali mereka memegang buku perlembagaan PAS walaupun telah pun menyertai Ameerah dalan tempoh yang agak lama.

Memang agak mencabar untuk bentang tajuk ini lebih-lebih lagi tadi hujan turun dengan lebatnya dan waktu perbentangan pukul 2.15 petang.

Apapun, jelas terbayang betapa slot ini berjaya memberikan manfaat kepada peserta.

Terima kasih Ameerah Kelantan yang sudi menjemput saya

KFAK

Ulasan