KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menarik balik semula larangan jualan minuman beralkohol yang diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) demi menghormati hak dan dan menjaga keharmonian rakyat di negara ini.
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat, Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata demikian, berikutan pada 28 Nov lalu, Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang bersidang selepas lebih setahun, mengumumkan bahawa ia telah memperbaharui sejumlah 1,519 permohonan lesen minuman keras di ibu kota Malaysia ini.
Terdahulu, pada 1 Nov 2021, DBKL telah mengeluarkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penjual minuman keras yang mana kedai-kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina dilarang di KL dilarang sama sekali menjual minuman keras.
Larangan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ramai orang bukan Islam di ibu kota, kerana ia dilihat sebagai pelanggaran hak mereka sebagai pengguna.
Sehubungan itu, Khairul Faizi berkata, sebenarnya perkara ini telah menjadi tanya tanya yang cukup besar, kenapa dan mengapa pihak kerajaan membuka peluang melonggarkan semula penjualan arak di Kuala Lumpur ini.
“Kerajaan nak meraikan siapa? Adakah kerajaan terlalu terhutang budi terhadap golongan peminum arak yang mungkin menjadi penyokong kerajaan?
“Adakah kerajaan ingin membuka ruang yang lebih besar kepada penjual atau peniaga minuman keras? Adakah kemungkinan juga mereka ini juga penyokong kepada agenda kerajaan?” soalnya.
Katanya lagi, tiada dalam hal ini tidak ada alasan yang boleh diterima dalam apa jua keadaan penjualan ini dilonggarkan.
“Kelonggaran penjualan arak ini akan memberi kesan kepada rakyat seperti kemalangan jiwa lebih kerap berlaku disebabkan pemandu mabuk, peningkatan gejala sosial dan sebagainya,” tegasnya.
Beliau turut mempersoalkan kenapakah pihak kerajaan memberikan ruang kepada peniaga minuman keras ketika ini?
“Adakah kerajaan melihat ia merupakan salah satu sumber ekonomi? Umumnya pada masa kini, kita lihat kejatuhan ringgit Malaysia berbanding mata wang negara lain, jumlah eksport negara kita ke luar negara semakin menurun,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, keputusan yang diambil oleh kerajaan pada masa ini bukanlah keputusan yang baik.
“Seboleh-bolehnya arak ini tidak lagi dijual secara terbuka (boleh dilihat oleh masyarakat umum). Ini juga bertujuan agar tidak semudah mana arak ini dibeli oleh masyarakat di luar sana khususnya anak muda. Contohnya, penjualan arak di kedai-kedai 24 jam seperti Seven-E?” jelasnya.
Katanya lagi, beliau sama sekali tidak menyokong tindakan yang dibuat untuk melonggarkan semula penjualan arak di KL.
“Saya amat membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak DBKL yang meluluskan permit jualan arak ini kepada penjual,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/12/2023
Ulasan
Catat Ulasan