Peluang rakyat cari rezeki sempena Tahun Melawat Perlis

Peluang rakyat cari rezeki sempena Tahun Melawat Perlis
December 14, 2023


KANGAR: Rakyat Perlis berpeluang mengambil kesempatan dengan kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Perlis 2024/2025 (TMP 2024/2025) bagi mencari rezeki tambahan.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, penduduk tempatan boleh mengambil kesempatan menambah rezeki sempena TMP 2024/2025 dengan memasarkan pelbagai produk.

“Insya-Allah selepas ini kita akan adakan pusat sehenti, di mana produk dari Kedah, Terengganu dan Kelantan akan di bawa ke sini.

“Manakala produk dari negeri kita pula akan dibawa ketiga-tiga negeri terbabit. Peluang pekerjaan cukup luas bagi meingkatkan ekonomi keluarga,” katanya pada sesi penggulungan pada persidangan Dun hari ini.
lagi.

Turut hadir mengikuti persidangan tersebut anggota Exco kerajaan Kedah Dato’ Siti Ashah Ghazali dan Adun Pengkalan Kundur Mardhiyah Johari.

Mohd Shukri juga berkata, penduduk miskin tidak boleh sepenuhnya bergantung kepada bantuan Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs) tanpa berusaha dengan mencari rezeki.

“Kita perlu juga cari rezeki sendiri, insya-Allah ada keberkatan dengan rezeki yang kita cari agar lebih bermanfaat untuk keluarga,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/12/2023

Ulasan