Pasar malam dihenti waktu Maghrib bermula 1 Mei

 


Pasar malam dihenti waktu Maghrib bermula 1 Mei
April 23, 2024

ALOR SETAR: Bermula 1 Mei depan, semua penjaja pasar malam di Kedah diarahkan memberhentikan operasi perniagaan untuk menghormati waktu solat Maghrib.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, keputusan itu telah dipersetujui pada mesyuarat Exco pada 21 Februari lalu.

“Peniaga akan diarahkan memberhentikan operasi perniagaan bermula lima minit sebelum dan 10 minit selepas waktu solat Maghrib.

“Berdasarkan keputusan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi notis kepada semua penjaja pasar malam untuk mematuhi arahan berkenaan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Mei depan,” katanya, di sini, hari ini.

Arahan itu, jelasnya bagi menghormati waktu Maghrib serta memberi ruang kepada peniaga dan orang ramai untuk mendirikan solat.

Sebelum ini arahan yang sama telah telah dikeluarkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim melalui pekeliling bertarikh 21 April lalu.

Notis pemberitahuan itu katanya dikeluarkan kepada penjaja pasar malam di sekitar daerah Kulim. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

Ulasan